BYD umum teknologi bateri cas 5 minit untuk jarak perjalanan 400 kilometer
Amanz
Mac 19, 2025 15:28 MYT
Mac 19, 2025 15:28 MYT
BYD akan perkenalkan teknologi 'Super e-Platform' pada kenderaan sedan Han L, dan juga SUV Tang L. - Gambar/ Reuters
BYD kini sekali lagi mengejutkan arena automotif, terutamanya kenderaan elektrik apabila mengumumkan teknologi baharu yang dibangunkan, membolehkan kenderaan elektrik dicas lima minit untuk jarak perjalanan mencapai 400 kilometer.
Penawaran ini sekali gus membolehkan kenderaan elektrik mempunyai jarak perjalanan jauh dengan masa pengecasan pantas, lebih kurang seperti mengisi petrol.
BYD menjayakan perkara ini melalui teknologi dipanggil 'Super e-Platform', yang membolehkan pengecasan pada kadar mencapai 1,000 kilowatts.
Presiden BYD sendiri mengatakan pembangunan teknologi ini adalah dalam mencapai kaedah pengecasan kenderaan elektrik, sepantas seumpama mengisi minyak kenderaan.
BYD akan perkenalkan teknologi 'Super e-Platform' pada kenderaan sedan Han L, dan juga SUV Tang L.
Kedua-duanya disasarkan untuk pasaran China. Selari dengannya juga, BYD akan bangunkan pengecasan ultra-pantas di lebih 4000 stesen pengecasan di China.
Pengenalan teknologi ini juga dijangka akan membolehkan lebih ramai yang tidak selesa dengan pengecasan waktu lama untuk beralih ke kenderaan elektrik, sekali gus menggantikan kenderaan petrol di pasaran. - Amanz