Bush: 'Dapat gred C pun boleh jadi presiden'
Madiha Abdullah
Mei 23, 2015 11:51 MYT
Mei 23, 2015 11:51 MYT
Jika anda bukan pelajar cemerlang di sekolah, jangan bimbang. Anda tetap punya masa depan yang cerah.
Itu yang dinyatakan bekas Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush. Kata Bush, adalah sesuatu yang sangat memberangsangkan bagi mereka yang lulus cemerlang di sekolah.
Tetapi jika tidak, itu tidak bermakna anda tidak boleh menjadi seseorang yang dibanggakan suatu hari nanti.
"Bagi anda yang tamat pelajaran dengan cemerlang, syabas. Bagi yang lulus dengan gred C, saya ingin beritahu anda; anda juga boleh jadi presiden," kata Bush.
Kata-kata itu diucapkan Bush ketika majlis graduasi Southern Methodist University, Texas, minggu lalu dan ia menjadi perbualan ramai.
Pendapat Bush itu disokong oleh pendapat ahli astrofizik, Neil deGrasse Tyson dalam satu ucapannya beberapa hari selepas itu, yang menyatakan gred sangat tidak relevan dalam dunia hari ini.
Bush merupakan pelajar sederhana ketika bergelar pelajar di Yale, dengan kebanyakan gred yang diperolehinya ketika itu adalah C.