Bursa AS meningkat, hasil bon kembali stabil
Astro Awani
Mac 1, 2021 07:39 MYT
Mac 1, 2021 07:39 MYT
SAHAM di Bursa Amerika meningkat dalam dagangan pertama minggu ini dengan hasil bon 10 tahun Amerika kembali stabil.
Dalam masa yang sama, vaksin Johnson & Johnson memulakan penghantaran vaksin dos tunggalnya.
Pada penutup indeks Dow Jones naik 600 mata, Nasdaq naik 400 mata dan S&P 500 naik 90 mata.
Menurut laporan Reuters, hasil bon 10 tahun Amerika menurun kepada 1.449 peratus selepas ia meningkat ke paras tertinggi dalam setahun kepada 1.614 peratus.
Faktor lain yang turut mempengaruhi pasaran adalah pelan rangsangan yang dijangka membantu pemulihan ekonomi terbesar dunia itu lebih pantas.
Pakej rangsangan Joe Biden kini mendapat sokongan daripada Dewan Perwakilan dan ia akan dibincangkan dan diundi di Senat.
Menurut pengurus portfolio yang dipetik Reuters, lebih banyak pelabur kini memilih saham kitaran dengan peningkatan jumlah orang yang divaksin di Amerika dan angka ekonomi makro yang lebih baik.
Data menunjukkan aktiviti pembuatan Amerika meningkat ke paras tiga tahun tertinggi pada Februari.
#AS
#ekonomi
#Joe Biden
#vaksin
#Dow Jones
#johnson and johnson
#S&P 500
#bon
#pemulihan ekonomi
#pakej rangsangan
#saham kitaran
#ekonomi makro
#pelabur