Burauen dijadikan kawasan angkat KP1M

Wan Syamsul Amly
November 17, 2013 12:39 MYT
Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) merancang menjadikan satu daerah di wilayah Leyte, Burauen sebagai kawasan angkat untuk pembangunan semula pasca tragedi taufan Haiyan.
Presidennya , Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, cadangan itu akan dibawa ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kelulusan segera.
"Selepas melihat kemusnahan hampir total di kawasan itu, kita bercadang menjadikannya satu kawasan saluran bantuan utama.
"Kita menyeru negara-negara yang menghulurkan bantuan turut mengikut langkah KP1M ini," katanya selepas taklimat harian kepada petugas media di sini.
Burauen merupakan satu kawasan yang paling teruk terjejas akibat taufan Haiyan dengan lebih 12,000 keluarga kehilangan tempat kediaman.
Berita lanjut menyusul
#Abdul Azeez Abdul Rahim #Filipina #Haiyan #KP1M #taufan
;