Bunyi tembakan gegarkan bandar kedua terbesar di Ivory Coast

Agensi
Januari 7, 2017 15:35 MYT
Pasukan penjaga keamanan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) meronda di luar kota Bouake. - Foto Reuters
Bunyi tembakan bertalu-talu telah menggemparkan kem tentera utama di bandar kedua terbesar di Ivory Coast, Bouake pada Sabtu, oleh sekumpulan tentera yang tidak berpuas hati berkenaan isu gaji dan imbuhan bonus, ujar seorang anggota tentera.
"Mereka melepaskan tembakan di Batalion Ke-3. Saya berada berdekatan dan rasanya seperti betul-betul di sebelah kami,” ujar Konan Benoit kepada Reuters melalui telefon.
Anggota-anggota tentera yang bertindak sendiri itu telah mengawal bandar tersebut yang dihuni oleh kira-kira setengah juta orang, setelah berjaya menguasai semua pintu masuk utama sejak Jumaat.
Kumpulan tentera tersebut telah melaksanakan peraturan ke atas Bouake, namun Menteri Pertahanan melalui satu kenyataan pada Jumaat berkata, kerajaan sudah bersedia untuk mendengar keluhan askar-askar tersebut.
Punca yang mendorong tindakan melepaskan tembakan itu masih belum dikenal pasti, namun seorang anggota tentera yang mendesak itu berkata, dia telah melihat pergerakan yang mencurihgakan di luar kem di Bouake.
“Itu tembakan amaran untuk membatalkan niat mereka,” ujarnya merujuk kepada sebarang langkah mengawal kumpulan tentera yang mendesak hak tersebut.
Kejadian yang seumpamanya turut dilaporkan berlaku di dua bandar utama lain di negara Afrika Barat itu pada Jumaat berikutan satu cetusan pergerakan.
#isu gaji #Ivory Coast #tembakan rambang #tentera
;