Bunyi kambing disangka jeritan manusia, pejalan kaki hubungi 999
Nizam Bakeri
Januari 27, 2016 09:50 MYT
Januari 27, 2016 09:50 MYT
Polis yang menghantar sebuah helikopter sebagai respon terhadap satu panggilan 999 akhirnya mendapati ‘suara cemas’ yang didakwa oleh pemanggil, sebenarnya bunyi kambing mengembek.
Menurut BBC, sebuah helikopter National Police Air Service (NPAS) dihantar ke Avon Gorge di Bristol selepas seorang pejalan kaki menghubungi talian kecemasan dan mendakwa terdengar bunyi ‘jeritan’.
Jurucakap NPAS, Ollie Dismore menyatakan tidak mustahil jika bunyi kambing mengembek disangka sebagai jeritan manusia dalam keadaan cemas.
Dismore turut menjelaskan, helikopter itu dihantar untuk misi cari dan menyelamat kerana permukaan bumi kawasan tersebut tidak membenarkan misi tersebut dikendalikan di darat.
Tinjauan helikopter NPAS mendapati beberapa ekor kambing berada di kawasan tersebut, yang dipercayai dilepaskan pada tahun 2011 untuk memakan semak belukar sekaligus memelihara habitat bunga liar.
Penemuan 'mangsa' tersebut turut dikongsi oleh NPAS melalui akaun Twitter mereka: