Bunuh, pancung kepala isteri sebelum jinjing di tengah bandar
Astro Awani
Februari 9, 2022 16:15 MYT
Februari 9, 2022 16:15 MYT
SEORANG lelaki bertindak membunuh dan memancung kepala isterinya sebelum menjinjingnya di tengah bandar Ahvaz, Wilayah Khuzestan dekat Iran.
Memetik laporan portal Sputniknews, kejadian tragik berkenaan dilaporkan berlaku selepas mangsa berusia 17 tahun itu ke Turki.
Bagaimanapun, bapa wanita berkenaan yang juga bapa saudara kepada suaminya serta ahli keluarga lain telah bertindak membawa wanita itu pulang semula ke Iran.
Menerusi video yang kini tular di media sosial, ia menunjukkan si pelaku berlagak dengan gaya tersenyum sambil menjinjing kepala isterinya dan sebilah pisau di tengah jalan bandar itu.
Agensi berita ILNA turut melaporkan, si pelaku dan abangnya telah ditahan oleh pihak berkuasa beberaqpa jam selepas insiden itu berlaku.
Menurut polis, si pelaku dipercayai membunuh isterinya secara kejam akibat ditimpa masalah keluarga.