Seorang wanita berusia 32 tahun di India tergamak membunuh bayinya yang baru lahir hanya kerana dia tidak mahu anak perempuan ketiga.
Menurut pihak berkuasa, suspek, Reeta Devi berkata, dia sering bertengkar dengan suaminya tentang kelahiran dua anak perempuan mereka sebelum ini.
"Kerana itu, dia tidak lagi mahu anak perempuan. Polis telah mendaftarkan ia sebagai kes bunuh selepas laporan autopsi menunjukkan bayi tersebut telah dicekik hingga mati. Devi telah ditangkap selepas tiada bukti menunjukkan suaminya, Asharfi Mahto melakukan perbuatan itu," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, Vijay Kumar.
Siasatan awal mendapati Devi melahirkan bayi perempuan yang sihat pada jam 3.50 pagi (waktu tempatan) di sebuah hospital di Montinagar pada Ahad lalu.
"Doktor mendapati kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat ketika pemeriksaan dilakukan pada jam 7 pagi. Kira-kira dua jam selepas itu, Devi mendakwa bayinya tidak lagi bergerak dan doktor mendapati terdapat kesan hitam pada hidung dan bibir bayi terbabit sebelum mengesahkan ia sudah meninggal dunia," jelasnya lagi.
Susulan itu, doktor telah melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa kerana mengesyaki bayi terbabit dibunuh.
Menurutnya lagi, dia dipercayai melakukan perbuatan kejam itu ketika ditinggalkan bersendirian dengan anaknya. - The Hindustan Times
Sinar Harian
Sat Aug 04 2018

Siasatan awal mendapati Devi melahirkan bayi perempuan yang sihat pada jam 3.50 pagi (waktu tempatan) di sebuah hospital di Montinagar pada Ahad lalu.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Zayn Malik, Gigi Hadid dikurnia bayi perempuan
Tahniah Zayn Malik dan Gigi Hadid.

Wanita dakwa 'diberi nasihat' untuk kelar leher, buang mayat anak dalam tong sampah
Ketika menjawab soalan berkaitan kehilangan anaknya, tiba-tiba wanita berkenaan memberitahu pegawai operator 911 mengenai perbuatannya terhadap kanak-kanak malang itu.