Bunga percuma sempena Hari Tulip Kebangsaan di Belanda
Astro Awani
Januari 18, 2020 05:40 MYT
Januari 18, 2020 05:40 MYT
Sebanyak 200,000 bunga tulip memenuhi Dataran Dam di Belanda pada Sabtu, sempena sambutan Hari Tulip Kebangsaan di negara itu.
Bunga-bunga itu ditempatkan di sebuah taman khas seluas 2,500 meter persegi yang dibina bagi menyambut sambutan tersebut.
Lebih menarik, pengunjung dibenarkan mengambil bunga-bunga tulip tersebut secara percuma.
Pakar penanam bunga tulip turut hadir di acara tersebut bagi membantu orang ramai memilih jambangan bunga serta memberi tips tentang penanaman bunga tersebut.
Belanda merupakan pengeluar bunga tulip terbesar dunia dengan penanaman sehingga 2 bilion tulip setahun dan dieksport ke lebih 100 buah negara.