Bukti manusia awal di Indonesia tambah pemahaman tentang migrasi kuno - Kajian

Bernama
Julai 20, 2024 16:30 MYT
Pasukan dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) menemukan bukti pendudukan manusia di Kepulauan Tanimbar tenggara Indonesia - sejak 42,000 tahun lalu. - Gambar hiasan/ The Tanimbar Islands Site
CANBERRA: Penyelidik telah menemukan tanda-tanda pendudukan manusia di Indonesia lebih 40,000 tahun lepas yang mereka katakan menawarkan petunjuk baharu tentang migrasi awal melalui rantau ini, lapor Xinhua.
Dalam kajian baharu, pasukan dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) menemukan bukti pendudukan manusia di Kepulauan Tanimbar tenggara Indonesia - juga dipanggil Timur Laut - sejak 42,000 tahun lalu, termasuk serpihan tembikar dan tulang.
Hendri Kaharudin, pengarang utama kajian dan penuntut Doktor Falsafah (PhD) ANU berkata lokasi penemuan itu menawarkan pandangan baharu tentang laluan migrasi yang diambil oleh beberapa manusia pertama yang tiba di rantau itu.
Kepulauan Tanimbar terletak di Laut Arafura di timur Timor, barat New Guinea dan utara Australia. Pulau-pulau itu terletak di luar pelantar benua Sahur, yang merangkumi Australia dan New Guinea.
Kaharudin berkata ketibaan manusia awal di rantau ini dari Asia Tenggara adalah persoalan yang menarik kerana kemahiran pelayaran yang canggih diperlukan.
"Terdapat dua laluan utama yang telah diterokai sebagai kemungkinan sejak pertengahan abad ke-20 -laluan utara melalui pulau-pulau seperti Sulawesi dan laluan selatan melalui berhampiran Timor dan kepulauan Tanimbar," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.
Beliau berkata: "Penemuan ini menandakan satu daripada tapak terawal laluan selatan yang diketahui, menjadikannya bahagian penting dalam teka-teki."
Penyelidikan itu yang dijalankan dengan kerjasama Agensi Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan Indonesia, menunjukkan bahawa penjajah awal telah membangunkan teknologi maritim termaju 42,000 tahun yang lalu untuk merentasi perairan yang melebihi jarak 100 kilometer.
Kaharudin berkata adalah jelas bahawa penghijrahan ke pelantar Sahul berlaku dalam gelombang populasi pelaut berturut-turut dan bukannya dalam satu peristiwa besar.
-- BERNAMA
#Indonesia #migrasi kuno #manusia awal #pendudukan manusia
;