'Bukit ais' hanyut ke perkampungan Greenland, cetus kebimbangan tsunami
Reuters
Julai 13, 2018 06:45 MYT
Julai 13, 2018 06:45 MYT
Bongkah ais sebesar bukit yang hanyut menghampiri kawasan perkampungan di pantai barat Greenland, mencetuskan kebimbangan kepada penduduk kampung tersebut.
Kemungkinan berlaku tsunami amat tinggi sekiranya bongkah itu pecah dan runtuh, lapor Reuters.
Bongkah ais itu jauh lebih tinggi daripada rumah-rumah yang dibina di tebing perkampungan Innaarsuit, tetapi ia tidak bergerak sejak malam Khamis, lapor media tempatan, KNR.
Penduduk yang berada berdekatan dengan pantai, yang dikenal pasti sebagai zon bahaya, telah dipindahkan ke kawasan lebih tinggi yang menempatkan pusat evakuasi, kata jurucakap polis Greenland.
Musim panas yang lalu, empat orang terkorban selepas ombak besar melanda kawasan barat laut Greenland.
#bongkah ais
#evakuasi
#Greenland
#Innaarsuit
#ketulan ais
#Pantai
#Penduduk
#Perkampungan
#pindah
#tsunami