Bukan Islam di Indonesia tidak lagi digelar 'kafir'
Astro Awani
Mac 3, 2019 11:43 MYT
Mac 3, 2019 11:43 MYT
PERSIDANGAN Ulama Nasional dan Persidangan Agung Nahdlatul Ulama (NU) mencadangkan agar warga Indonesia yang bukan Islam tidak lagi dipanggil kafir kerana ia dianggap mengandungi unsur-unsur keganasan teologi, lapor CNN Indonesia.
"Oleh itu, kiai menghormati tidak menggunakan perkataan kafir tetapi (menggunakan) muwathinun atau warganegara, oleh itu status mereka adalah sama dengan warganegara lain," jelas Pesuruhjaya Bahtsul Masail Sidang Maudluiyyah, Abdul Moqsith Ghazali.
Moqsith berkata cadangan mengharamkan menyebutkan warga Indonesia bukan Islam sebagai kafir tidak menghapus istilah itu dalam Al-Quran atau hadis sebaliknya ia sikap teologis NU mengenai isu itu ketika ini.
"Memberi label kafir kepada warga Indonesia yang turut serta dalam merancang reka bentuk negara Indonesia tidak cukup bijaksana," katanya.
Walau bagaimanapun, Moqsith memaklumkan isu melarang menyebut orang kafir tidak semestinya termasuk dalam cadangan yang akan diberikan kepada kerajaan.
NU merupakan kumpulan agama Islam terbesar di Indonesia.
Sementara itu Forum Umat Islam (FUI) Indonesia enggan bersepakat dengan Musyawarah Nasional Alim Ulama dan Persidangan Nahdlatul Ulama (NU) atas itu ini kerana ia dianggap menyalahi ketentuan agama dan bersifat politik.
#Abdul Moqsith Ghazali
#Al-Quran
#Allah
#bukan Islam
#Forum Umat Islam
#Indonesia
#Islam
#Islamic State
#kafir
#Nahdlatul Ulama
#NU
#teologis