Buhari dipilih semula sebagai Presiden Nigeria

Bernama
Februari 27, 2019 14:45 MYT
Muhammadu Buhari ketika tiba untuk membuang undi di sebuah stesen mengundi di Daura, Negeri Katsina, Nigeria, 23 Feb, 2019. REUTERS
Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari memenangi pilihan raya presiden Sabtu lalu dengan memperolehi 15,191,847 undi mengatasi pencabar terdekatnya yang mendapat 11,262,978 undi, lapor agensi berita Turki Anadolu.
Buhari, 76, memperolehi kemenangan majoriti di 19 negeri dan di 36 wilayah selain berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 25 peratus undi di 34 negeri dan di ibu kota Abuja.
"Dengan kemenangan itu Buhari diisytiharkan dipilih semula sebagai presiden," kata Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Mahmud Yakubu pada Rabu pagi.
BACA: Lima maut dalam insiden rempuhan di perhimpunan politik di timur Nigeria
Buhari dicabar calon Parti Demokrat Rakyat, Atiku Abubakar yang juga bekas timbalan presiden dan hartawan perniagaan.
Majlis angkat sumpah Presiden akan diadakan pada 29 Mei.
BACA: Empat maut dalam rempuhan kempen pilihan raya di Nigeria
Pihak pembangkang mendakwa berlakunya penipuan kertas undi, namun kebanyakan pemerhati berpendapat sebahagian besar proses pilihan raya adalah telus, meskipun dicemari keganasan di beberapa negeri yang meragut 16 nyawa.
-- BERNAMA
#Atiku Abubakar #calon #keganasan #Mahmud Yakubu #Muhammadu Buhari #Nigeria #pembangkang #pilihan raya #presiden #rakyat
;