Bugaria, Ukraine dilanda cuaca sejuk melampau
Astro Awani
Disember 23, 2012 14:30 MYT
Disember 23, 2012 14:30 MYT
Bulgaria dan Ukraine dilanda cuaca sejuk melampau. Ia memaksa bahagian Timur Laut Bugaria diisytihar sebagai kawasan bencana susulan angin kuat hingga menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Kawasan sempadan juga terpaksa ditutup manakala jalan-jalan utama diselaputi salji.
Penduduk memaklumkan ada jalan yang terpaksa ditutup sejak dua hari lalu mengakibatkan penduduk terputus hubungan. Selain terputus, bekalan elektrik ada penduduk yang berdepan masalah bekalan air.
Suhu di Bulgaria dijangka turun hingga negatif 17 darjah Selsius.
Di Ukraine, 83 orang yang kebanyakannya gelandangan meninggal dunia akibat kesejukan melampau.
Sebanyak 3,000 khemah disediakan dengan makanan dan minuman disediakan kepada penduduk Ukraine yang tidak berumah itu.
Ia bagi mengelakkan mereka terdedah kepada cuaca sejuk hingga membawa maut.