Budak maut minum susu ibu beracun
Sinar Harian
Mei 25, 2018 17:57 MYT
Mei 25, 2018 17:57 MYT
Seorang wanita yang dipatuk ular ketika tidur tidak menyedari susu ibu yang diberikan kepada anaknya beracun, sehingga akhirnya meragut nyawa kedua-duanya.
Menurut jurucakap polis di Uttar Pradesh, budak perempuan berusia tiga tahun dan ibunya itu jatuh sakit, semalam dan kedua-duanya meninggal dunia sebelum sempat tiba di hospital.
"Ahli keluarganya menemui reptilia tersebut di bilik lain, namun ia terlepas sebelum berjaya ditangkap," kata Inspektor Vijay Singh.
Jelasnya, bedah siasat akan dilakukan, namun polis telah mendaftarkan kes itu sebagai kematian akibat kemalangan.
Kajian dilakukan American Society of Tropical Medicine and Hygiene mendapati 46,000 kematian daripada 100,000 kes akibat dipatuk ular di seluruh dunia berlaku di India. - Agensi