Budak lelaki jatuh lubang di Vietnam disahkan maut selepas hampir 100 jam
Agensi
Januari 4, 2023 23:25 MYT
Januari 4, 2023 23:25 MYT
HANOI: Selepas hampir 100 jam operasi membawa keluar digerakkan, kanak-kanak lelaki Vietnam berusia 10 tahun yang terjatuh ke dalam cerucuk konkrit sempit di tapak pembinaan pada malam tahun baharu disahkan meninggal dunia.
Menurut media tempatan, pasukan penyelamat menghabiskan hampir 100 jam cuba membebaskan Ly Hao Nam dari tiang sokongan sepanjang 35 meter yang disalurkan ke dalam tanah, namun tidak berjaya.
Timbalan Pengerusi Wilayah Selatan Dong Thap memaklumkan kepada media bahawa, pihak berkuasa telah menentukan bahawa mangsa telah meninggal dunia dan sedang berusaha mendapatkan mayatnya untuk pengebumian.
Nam didengari menangis meminta tolong sejurus selepas dia terjatuh ke dalam cerucuk konkrit berongga yang mempunyai diameter 25 sentimeter Sabtu lalu di tapak pembinaan jambatan di wilayah delta Mekong di mana dia mencari besi buruk bersama rakan-rakannya.
Terdahulu pada Rabu, Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh telah menggesa penyelamat dan pihak berkuasa tempatan untuk menggerakkan semua peralatan dan pasukan yang diperlukan.