Budak lelaki 11 tahun ditahan pandu kereta, curi karavan
Astro Awani
Mac 8, 2024 07:40 MYT
Mac 8, 2024 07:40 MYT
LONDON: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ditahan selepas memandu sebuah kereta jenis BMW di lebuh raya di United Kingdom (UK) pada Jumaat.
Menurut polis North Yorkshire, kanak-kanak berkenaan turut melarikan sebuah karavan yang dipercayai dicuri dari tapak perkelahan di Thirsk.
Kanak-kanak tersebut dikesan di Lebuhraya M1 yang menghubungkan London ke Leeds.
"Insiden ini sangat mengejutkan kami kerana had umur minimum pemegang lesen di Britain adalah 17 tahun," katanya.
Suspek ditahan atas beberapa kesalahan termasuk mencuri dan memandu dalam keadaan melulu.
Dia telah dibebaskan atas jaminan polis selepas percakapan dirakam polis.