Budak gelandangan belajar tepi McDonalds diberi bantuan

Kohilah Sekaran
Julai 12, 2015 14:38 MYT
Budak gelandangan belajar tepi McDonalds diberi bantuan
Gambar viral kanak-kanak gelandangan, Daniel Cabrera yang sedang membuat kerja sekolah di tepi jalan bertemankan lampu daripada restoran McDonald’s baru-baru ini nampaknya telah mengubah kehidupannya.
Rakaman perbuataan kanak-kanak itu yang menggunakan lampu daripada restoran McDonald’s untuk belajar menjadikan dia terkenal, dan telah membawa sesuatu yang terbaik daripada rakyat.
Menurut laporan media, Daniel dan keluarganya telah dibanjiri dengan tawaran bantuan dan kini pintu bantuan biasiswa untuk pengajian Daniel juga dikatakan telah dibuka.
Selepas biasiswa itu ditawar oleh pihak Pencegahan Jenayah dan Terrorrism melalui Penglibatan Komuniti & Sokongan, budak berusia sembilan tahun itu berkata dia berasa teruja.
“Saya mahu menjadi seorang anggota polis untuk membantu Filipina,” kata Daniel dipetik dari ABS-CBN.
Manakala ibunya, Christina Espinoza pula berkata, “Kami gembira.
“Saya tidak tahu apa yang saya akan lakukan dengan semua peluang ini. Sekarang, Daniel tidak perlu lagi menderita hanya untuk menyelesaikan pengajiannya.”
Difahamkan, ayah Daniel telah meninggal dunia dalam satu kebakaran dan Christina kini terpaksa mengemis untuk menyara keluarganya.
Terdahulu, gambar Daniel itu diambil dan dimuat naik di Facebook oleh seorang pelajar perubatan, Joyce Torrefranca.
BACA: Foto budak gelandangan belajar tepi jalan di Manila jadi viral
Menurut Joyce, dia sangat terharu dengan sambutan yang diterima sejak gambar tersebut berkongsi di Facebook.
"Terima kasih semua kerana berkongsi gambar tersebut. Dengan itu, kita dapat membantu Daniel dalam mencapai impiannya."
#Daniel Cabrera #Filipina #gelandangan #Manila #McDonalds
;