Budak ditembak kerana petik mangga

Sinar Harian
Jun 23, 2018 17:21 MYT
Ibu mangsa tidak dapat mengawal perasaan selepas menerima khabar kematian anak lelakinya. - Foto Sinar Harian
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut ditembak di kepala selepas menceroboh sebuah kebun mangga di wilayah Bihar, India.
Kejadian berlaku di Khagaria Khamis lalu dan pemilik kebun tersebut dilaporkan telah melarikan diri sejurus selepas kejadian,
"Mangsa sedang bermain di kampung Shergarh dan dilaporkan masuk ke kebun itu untuk memetik mangga.
"Tertuduh gagal mengawal kemarahan dan menembak mangsa di kepala.
"Suspek sedang diburu dan kes ini telah didaftarkan di mahkamah," kata polis. - NDTV
#India #Kanak-kanak #mahkamah #mangga #maut #polis #tembak
;