Budak 3 tahun parah ditetak ibu kandung

Astro Awani
Ogos 12, 2019 10:51 MYT
Seorang kanak-kanak 3 tahun kritikal selepas ditetak ibu kandung dengan parang. -Reuters
Seorang kanak-kanak berada dalam keadaan kritikal selepas ditetak ibu kandung di rumahnya sendiri dengan parang pada Ahad.
Dalam insiden yang berlaku jam 8 malam waktu tempatan di Philadelphia, Amerika Syarikat, kanak-kanak berusia 3 tahun itu terpaksa dikejarkan ke Pusat Perubatan Albert Einstein susulan kecederaan parah yang dialaminya.
Pihak hospital mendapati kanak-kanak itu mengalami kecederaan teruk di kepala, bahu dan lutut susulan serangan kejam oleh ibunya.
Wanita berkenaan telah ditahan namun pihak berkuasa enggan memberika sebarang maklumat tentang identitinya.
Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pastii punca kejadian.
#budak 3 tahun #ditetak ibu kandung #Kanak-kanak #Philadelphia #Pusat Perubatan Albert Einstein #tetak dengan parang
;