Budak 11 tahun mengandung dinoda warga emas

Sinar Harian
Mac 16, 2018 02:35 MYT
Insiden hitam itu dirahsiakan sehinggalah usia kandungannya mencecah lapan bulan.
Seorang gadis berusia 11 tahun dilaporkan mengandung akibat dinoda dua warga emas di India.
Nanji Javiya, 67, dan jirannya Arving Kubawat, 60, didakwa menodai seorang gadis bawah umur di kejiranan mereka di Rajkot, lapor NDTV.
Kedua warga emas terbabit dipercayai memperdaya gadis itu dengan menawarkan wang sebelum menodainya.
Insiden hitam itu dirahsiakan sehinggalah usia kandungannya mencecah lapan bulan.
Laporan polis dibuat setelah mangsa mengadu kepada ibunya dan tangkapan dibuat tidak lama kemudian. - Dailymail
#Arving Kubawat #dinoda #gadis #India #Kanak-kanak #mengandung #Nanji Javiya #warga emas