Bubur 'keampunan' bagi menghapus dosa
Agensi
Ogos 3, 2018 09:41 MYT
Ogos 3, 2018 09:41 MYT
Orang ramai berkumpul di Gereja Francisca dekat Lima, Peru pada Khamis untuk menyediakan bubur sempena Pesta Portiuncula.
Pesta keagamaan ini disambut sebagai 'Pesta Pengampunan' yang diraikan setiap 2 Ogos di semua Gereja Francisca di seluruh dunia.
Menurut paderi tempatan, Roque Chaves, bubur berkenaan disediakan menggunakan bahan yang didermakan.
Antara bahan yang menjadi kandungan utama bubur 'keampunan' ini ialah kentang, daging lembu, sayur-sayuran dan juga nasi.
Tahun ini, sukarelawan di gereja berkenaan menyediakan 14 kawah bubur menggunakan dapur kayu.
Tradisi Portiuncula yang bermaksud 'gereja kecil' bermula dengan permintaan daripada St Francis agar doa untuk diampunkan dosa diterima pada setiap 2 Ogos.