'Buaya kalung ban' akhirnya bebas
Astro Awani
Februari 9, 2022 22:08 MYT
Februari 9, 2022 22:08 MYT
KUALA LUMPUR : Kesengsaraan seekor buaya yang terkenal dengan jerutan tayar di leher di Indonesia berakhir apabilia reptilia itu akhirnya bebas daripada kalungan tayar berkenaan.
Selepas enam tahun, jerutan pada buaya itu akhirnya berjaya dibuka oleh seorang aktivis haiwan bernama Tili di Pulau Sulawesi pada petang Selasa
Menurut Tili, dia berjaya menjerat buaya berkenaan menggunakan perangkap tali serta berumpankan ayam dan itik hidup.
"Selepas tiga minggu menanti dan beberapa kali gagal dalam percubaan, buaya itu akhirnya berjaya memasuki jerat pada Isnin," katanya lapor Agensi.
Buaya betina sepanjang 5.2 meter itu sebelum ini popular terutama dalam kalangan penduduk di bandar Palu, Sulawesi akibat jerutan tayar di leher, sehinggakan ada yang mencabar untuk memberi ganjaran lumayan kepada sesiapa yang berani untuk membukanya.
Orang ramai dalam masa turut bimbang tayar itu akan menjerut buaya berkenaan apabila ianya semakin membesar.
Reptilia itu yang digelar dengan bahasa tempatan sebagai 'buaya kalung ban' kemudian dilepaskan semula ke dalam sungai.