Buat Facebook 'live' selepas bunuh isteri dengan kejam
Agensi
Mac 7, 2018 13:22 MYT
Mac 7, 2018 13:22 MYT
Pengguna media sosial baru-baru ini dikejutkan dengan sebuah video langsung di Facebook oleh seorang lelaki Syria di Mühlacker, Jerman dengan mempamerkan kesan darah pada mukanya.
Abu Marwan, 41 tahun membuat siaran video tersebut sejurus selepas membunuh isterinya dengan kejam.
Melalui siaran video itu, Abu Marwan membuat kenyataan ''Inilah akibat yang akan diterima wanita sekiranya menimbulkan kemarahan seorang lelaki'' sambil menunjukkan kesan darah pada muka dan luka pada tangannya.
Seorang budak lelaki yang dilihat berada dibelakangnya dipercayai anak kepada lelaki itu, telah bersama-samanya meminta penonton agar berkongsi video tersebut.
Abu Marwan, dikatakan menikam isterinya berusia 37 tahun di leher antara empat hingga lima kali sebelum meninggalkan rumah berkenaan bersama anak lelakinya, menurut laporan portal Daily Mail.
Al Arabiya pula melaporkan, ketika kejadian, anak perempuan Abu Marwan turut berada di rumah dan merupakan orang yang melaporkan insiden kepada polis.
Suspek berjaya ditahan polis tidak lama kemudian
Abu Marwan dikatakan telah dihalau isterinya selepas bercerai.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada penceraian itu benar atau tidak.
#akibat
#anak
#bercerai
#bunuh
#Facebook
#Jerman
#lelaki
#Media
#media sosial
#pamer
#polis
#rumah
#suspek
#Syria
#video
#wanita