Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Sinar Harian
April 20, 2024 09:40 MYT
April 20, 2024 09:40 MYT
SINGAPURA: Seorang wanita di Singapura didenda S$2,000 (RM7,025) kerana membuang dua ekor itik peliharaannya yang didakwa akan membawa 'nasib malang'.
Ng Siok Hui, 61, dikenakan dua pertuduhan di bawah Akta Haiwan dan Burung serta dilarang memelihara haiwan selama 12 bulan.
Menurut dokumen mahkamah Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
"Dia tinggal bersama anak lelakinya dan mereka turut memelihara sembilan ekor burung spesies lain.
"Wanita berkenaan mendakwa dia tiada pilihan lain selepas rakannya memberitahu dua ekor itik itu akan menyebabkan tuah tidak baik. Rakannya berulang kali memintanya berbuat demikian," jelas dokumen tersebut lagi.
Kakitangan taman Lembaga Taman Negara itu bagaimanapun menjumpai itik yang dibuang tersebut. - Sinar Harian memetik agensi