Buaian 360 darjah di taman tema patah dua, satu maut

Agensi
Jun 29, 2019 17:09 MYT
Buaian tersebut patah pada bahagian penyambung ketika sedang berputar sebelum jatuh ke tanah. -Gambar ihsan media sosial
Seorang gadis maut selepas permainan buaian 360 darjah yang dinaikinya patah dan terhempas ke tanah ketika sedang berputar.
Mangsa, 19 tahun, merupakan antara sekumpulan pengunjung di taman tema Istiklol di Jizzakh, Uzbekistan yang terlibat dalam insiden mengerikan itu.
Menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman web dailystar.uk, buaian tersebut patah pada bahagian penyambung ketika sedang berputar sebelum jatuh ke tanah.
Kedengaran pengunjung yang sedang seronok menaiki buaian tersebut, terus menjerit ketakutan.
Bagaimanapun, setakat ini hanya seorang mangsa yang dilaporkan meninggal dunia akibat kejadian berkenaan.
#gadis 19 tahun #Jizzakh #permainan buaian 360 darjah #Taman Tema #Uzbekistan
;