BTS Army cemburu, tuduh Blackpink salah guna Spotify?

Faris Danial Razi
April 8, 2019 12:23 MYT
Iklan 'pop-up' di Spotify didakwa oleh BTS Army sebagai langkah terdesak kumpulan Blackpink untuk meraih jumlah pendengar mereka. - Gambar Instagram @bts.bighitofficial / @blackpink
KEMUNCULAN album “Kill This Love” telah membuktikan kepada seluruh dunia bahawa kumpulan K-pop wanita itu juga mampu memberikan impak besar buat industri muzik di Korea Selatan.
Sehari selepas lagu “Kill This Love” boleh dimuat turun di aplikasi strim muzik Spotify, ternyata ia mendapat sambutan yang besar daripada peminat mereka dari seluruh dunia.
Bagaimanapun, Blackpink berhadapan dengan rasa cemburu dalam kalangan peminat pesaing mereka, BTS Army yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila terlihat iklan “pop-up” mempromosi lagu baharu Blackpink.

Blackpink's non-skippable ad on Spotify to increase streaming numbers? https://t.co/AmB8ruTr6X pic.twitter.com/1T0ZJpeXxv

— K-POP, K-FANS (@KpopKfans) April 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BTS Army didakwa telah menyebar maklumat palsu bahawa kononnya setiap iklan yang dikeluarkan oleh aplikasi strim muzik, Spotify itu ialah taktik bagi Blackpink raih jumlah pendengarnya.
Individu yang menggunakan nama @jinorahope di Twitter itu telah memuat naik ‘kenyataan’ yang menganggap Blackpink menggunakan promosi iklan Spotify untuk meraih jumlah pendengar mereka.
Ini kerana iklan ‘pop-up’ itu tidak boleh dilangkau sekali gus menjadikan pengguna Spotify terpaksa mendengar iklan tersebut.

@SpotifyCares Do you really care? how come a 30second ads pop out of no where when i already blocked that horrible artist. if you cant make a move about this then change your name to "Spotify dont care" @Spotify

— BTS PAVED THE WAY (@jinorahope) April 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Army berpendapat, iklan ‘pop-up’ yang berdurasi selama 30 saat itu merupakan salah satu sebab mengapa Blackpink boleh mendapat jumlah pendengar yang banyak di aplikasi tersebut.
Hakikatnya, kenyataan itu telah disangkal oleh jurucakap Spotify di laman Twitter bahawa iklan tersebut tidak menyumbang apa-apa dan memberi kesan kepada jumlah pendengar aplikasi strim muzik itu.

Hey there! We didn't mean to cause any offense. We'll pass the feedback on to the right people. Not to worry, ads don't count as a view /JP

— SpotifyCares (@SpotifyCares) April 6, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Susulan itu, wakil Army telah mengemukakan permohonan maaf di media sosial.
Individu tersebut telah mengaku bahawa gambar iklan promosi Spotify itu ialah diubah menggunakan ‘Photoshop’ dan entri berkenaan adalah palsu.
Kumpulan ikonik K-pop ini melakar sejarah baharu apabila klip video lagu “Kill This Love” telah mencecah 100 juta tontonan di laman YouTube iaitu rekod terpantas.
Bukan itu sahaja, Blackpink juga sudah memecah rekod dengan melebihi 1 billion pendengar menerusi aplikasi strim muzik, Spotify.
Tahniah Blackpink!
#BLACKPINK #Blink #BTS #BTS ARMY #K-pop #Kill This Love #Spotify #Twitter #YouTube
;