Brunei lancar pelan persaraan baharu untuk kesejahteraan negara

Bernama
Julai 16, 2023 09:52 MYT
Kerajaan Brunei akan memperkenalkan sistem gaji minimum merentasi semua sektor industri untuk sektor swasta secara berperingkat selaras dengan amalan terbaik di peringkat serantau dan antarabangsa. - Gambar hiasan
BANDAR SERI BEGAWAN: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bertitah pada Sabtu bahawa negara itu telah mula melaksanakan Skim Persaraan Negara (SPK).
Baginda bertitah demikian ketika sambutan ulang tahunnya yang ke-77, yang merupakan acara penting dalam kalendar tahunan negara Asia Tenggara itu.
SPK itu dilaksanakan bagi menggantikan skim Kumpulan Wang Amanah Pekerja (TAP) dan Pencen Sumbangan Tambahan (SCP), yang bukan sahaja mengukuhkan kesejahteraan rakyat apabila bersara malah memberi pendapatan persaraan yang lebih baik, titah Sultan, lapor Xinhua .
Kerajaan Brunei akan memperkenalkan sistem gaji minimum merentasi semua sektor industri untuk sektor swasta secara berperingkat selaras dengan amalan terbaik di peringkat serantau dan antarabangsa, titah baginda.
Baginda juga bertitah kadar pengangguran Brunei berada pada paras terendah sejak 10 tahun lalu.
Rakyat Brunei digesa bergerak lebih pantas dengan menggalakkan lebih banyak pelaburan langsung asing yang berkualiti untuk membantu mempelbagaikan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan dan spin-off kepada perniagaan kecil dan sederhana tempatan.
Baginda juga menyeru rakyat Brunei untuk menguatkan semangat dan keazaman untuk berdepan ketidaktentuan.
-- BERNAMA
#Brunei #Sultan Hassanal Bolkiah #persaraan #gaji minimum
;