Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi Malaysia pada Januari-April
Bernama
Jun 16, 2024 04:20 MYT
Jun 16, 2024 04:20 MYT
BANDAR SERI BEGAWAN: Lebih 390,000 pelawat dari Brunei melawat Malaysia bagi tempoh Januari hingga April 2024, menjadikan Brunei antara lima sumber pelancongan utama bagi negara ini, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan pada Ahad.
Menurut akhbar tempatan Borneo Bulletin, antara lima pasaran utama yang menjana pelancong bagi Malaysia, Singapura mendahului senarai dengan 2,599,076 pelawat, diikuti Indonesia dengan 1,150,939 pelawat diikuti China, Thailand dan Brunei.
Brunei adalah sebuah negara kecil yang kaya dengan minyak bersebelahan dengan Sarawak dan Sabah.
Pada 2023, Malaysia merekodkan ketibaan 811,833 pelancong dari Brunei. - BERNAMA