British Airways dedah 380,000 data kad bank pelanggannya digodam
Agensi
September 7, 2018 12:21 MYT
September 7, 2018 12:21 MYT
Berita mengejutkan apabila syarikat penerbangan British Airways mendedahkan bahawa butiran peribadi dan kewangan 380,000 kad bank pelanggannya digodam apabila mereka membuat tempahan antara 21 Ogos sehingga 5 September lalu.
Pihak British Airways berkata pihaknya sedang menyiasat bagaimana penggodaman boleh berlaku dan menganggapnya sebagai perkara yang sangat penting.
"Kecurian data pelanggan kami ini merupakan dari laman web dan juga aplikasi mudah alih. Dan data yang dicuri tidak termasuk butiran perjalanan dan juga maklumat peribadi," menurut British Airways dalam satu kenyataan.
Mereka juga menasihatkan kepada pelanggan yang terjejas akibat kejadian ini supaya mereka menghubungi pihak bank untuk langkah seterusnya.
Untuk pampasan pula pihak British Airways menyatakan bahawa mereka akan menghubungi pelanggan yang menjadi mangsa dan menyelesaikan sebarang tuntutan secara individu.