Britain mahu yakinkan Arab Saudi buka laluan ke pelabuhan Hodeida

Agensi
November 30, 2017 14:47 MYT
Dianggarkan hampir 7 juta penduduk Yaman kini berdepan kebuluran dan masalah kesihatan sejak perang tersebut tercetus pada 2015. - REUTERS/Khaled Abdullah
Britain optimis mampu meyakinkan Arab Saudi untuk membuka laluan ke pelabuhan Hodeida di Yaman bagi membolehkan kemasukan kapal bantuan kemanusiaan ke negara itu.
Selain berkaitan konflik di Yaman, Perdana Menteri Britain, Theresa May dijangka turut membincangkan bersama krisis diplomatik Qatar dalam pertemuan empat mata beliau dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman di Riyadh hari ini.
May merupakan pemimpin Eropah kedua yang mengadakan pertemuan rasmi dengan Putera Mahkota Arab Saudi itu khususnya bagi membincangkan isu rumit di Yaman dan Qatar.
Kedatangan May ke Riyadh adalah susulan kegagalan kapal Pertubuhan Bangsa Bersatu (PB)B berlabuh di Hodeida pada Selasa minggu lalu.
Britain merupakan penyumbang ketiga terbesar bantuan kemanusiaan ke Yaman.
Selain itu Britain adalah negara yang memiliki lesen menjual senjata api kepada Arab Saudi yang bernilai AS$6.1 bilion sejak krisis di Yaman bermula.
Dianggarkan hampir 7 juta penduduk Yaman kini berdepan kebuluran dan masalah kesihatan sejak perang tersebut tercetus pada 2015.
Perang itu juga menyaksikan lebih 10,000 ribu orang awam terkorban dan jutaan lainnya menjadi pelarian.
#Arab Saudi #Britain #kebuluran #kemanusiaan #Putera Mahkota #Riyadh #Theresa May #Yaman #Yemen
;