Britain kembali kukuhkan hubungan dengan Asia Barat

Astro Awani
November 30, 2017 04:18 MYT
Theressa May berjanji bantu pulihkan ekonomi sekutunya di Asia Barat sebagai langkah awal sebelum tinggalkan EU - AP
United Kingdom berjanji untuk membantu memulihkan ekonomi Jordan dan semua sekutunya di Asia Barat.
Janji yang dibuat Perdana Menteri Britain, Theresa May itu dilihat bertentangan dengan sifat anti-muslim Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
''Mesej saya kepada sekutu kami di Jordan dan semua sekutu kami di rantau ini, kami akan menyokong anda dalam menentang semua ancaman dan menyokong visi untuk kemasyarakatan dan ekonomi,'' katanya pada hari terakhir lawatan kerja tiga hari ke Asia Barat itu.
May dalam lawatan itu turut melakukan pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah II dalam usaha meningkatkan hubungan dengan Asia Barat sebelum Britain berpisah dengan Kesatuan Eropah.
Barat melihat Raja Abdullah II sebagai tokoh dalam toleransi agama sekali gus menjadi rakan penting dalam usaha memerangi militan di Asia Barat.
Bagaimanapun, kestabilan ekonomi Jordan menjadi kebimbangan sekutu baratnya.
Konflik negara jiran di Syria dan Iraq memberi impak besar kepada perdagangan dan menjejaskan ekonomi sehingga menyebabkan kadar pengangguran di kalangan belia mencecah 30 peratus.
Pada masa sama, pentadbiran Jordan berdepan tekanan bagi mengurangkan hutang negara sehingga memaksa kerajaan mengurangkan subsidi. pengurangan subsidi dilakukan
#Asia Barat #EU #Jordan #Kesatuan Eropah #politik #Raja Abdullah II #Theresa May #United Kingdom
;