BERMULA 1 Februari 2020, Britain bukan lagi anggota Kesatuan Eropah (EU). Namun apa yang berlaku selepas itu?

Berikut fakta ringkas yang anda perlu tahu:

- Britain masih dalam tempoh peralihan walau bukan anggota EU.

- Britain akan terus mengguna pakai undang-undang EU sehingga tempoh peralihan tamat selepas 31 Disember 2020.

- Sepanjang tempoh peralihan itu, Britain perlu mengikut semua syarat dalam EU dan sebarang kerjasama perdagangan adalah masih sama dan kekal.

- Selepas tamat tempoh peralihan, Britain akan meninggalkan pasaran tunggal atau Pasaran Satu Eropah.

- Selepas 31 Disember 2020, Britain mempunyai kebebasan perdagangan tanpa memerlukan sebarang kelulusan daripada EU, dan di pihak EU pula, kesatuan itu berhak untuk mengenakan caj, cukai dan sekatan yang dirasakan perlu ke atas Britain.

- Selain perdagangan, masa depan Britain-EU akan dibincangkan sepanjang tempoh peralihan, yang antara lain melibatkan penguatkuasaan undang-undang, perkongsian data, keselamatan penerbangan, perubatan dan lain-lain.