LONDON:United Kingdom dan Kesatuan Eropah (EU) mencapai kata sepakat bagi rundingan perdagangan, pasca Brexit pada Khamis.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson memaklumkan perjanjian itu akan mula dilaksanakan bermula 1 Januari depan dan akan mengambil alih perjanjian sebelum ini di bawah tempoh peralihan.

Perjanjian ini dipersetujui bersama beberapa hari sebelum tarikh akhir tempoh peralihan brexit pada 31 Disember 2020.

Peralihan tersebut sekali gus menyaksikan UK akan terus mematuhi peraturan EU memandangkan perjanjian Brexit menyekat perjalanan dan perdagangan.

Ketika mengumumkan perjanjian tersebut, Johnson turut menjelaskan rundingan tersebut tidak dapat dimuktamadkan berikutan keutamaan ketika ini diberikan kepada mendepani COVID-19.

Justeru katanya, beliau mahu sebarang perjanjian yang dilakukan adalah yang terbaik buat negara itu dan terus meningkatkan ekonomi negara.

Beliau pada masa sama berjanji akan membenarkan syarikat-syarikat untuk mengadakan banyak perdagangan bersama EU di samping menepati undang-undang.