Brexit: Peraturan dagangan WTO memadai - Johnson
Astro Awani
Disember 21, 2020 07:04 MYT
Disember 21, 2020 07:04 MYT
LONDON: Perdana Menteri UK, Boris Johnson percaya terma dagangan Organisasi Dagangan Dunia (WTO) adalah mencukupi jika UK gagal mencapai perjanjian dengan EU.
Ketika ini rundingan masih dilakukan dengan isu tertangguh termasuk isu hak perikanan EU di perairan UK.
Johnson menegaskan UK akan kekal makmur jika rundingan gagal mencapai persetujuan dengan EU.
Rundingan ketika ini masih berjalan dan tarikh tamat untuk UK dan EU mencapai persetujuan adalah pada 1 Januari 2021.
Jika perjanjian gagal dicapai, kedua-dua ekonomi berdepan risiko berkenaan pekerjaan.
Isu perikanan EU di perairan UK hangat didebatkan sepanjang keahlian UK di dalam Kesatuan Eropah.
EU enggan membuka pasaran tunggalnya kepada UK jika UK enggan memberi kebenaran perikanan.
“Pendirian kami tidak berubah. Ada cabaran dalam rundingan dan penting bagi orang ramai untuk faham yang UK perlu mendapatkan kawalan undang-undang kami sendiri dan kami dapat mengawal hak perikanan kami.
“Kegagalan capai sepakat akan mengakibatkan dagangan di sempadan mungkin tergendala dengan kedua pihak mengenakan tarif baharu mengikut peraturan WTO,” katanya.