Brexit: Britain tidak akan lanjutkan tarikh akhir perjanjian dengan EU

Astro Awani
April 27, 2020 07:30 MYT
Britain menegaskan tidak akan melanjutkan tarikh akhir bagi memeterai perjanjian dengan Kesatuan Eropah (EU). - Reuters
Britain menegaskan tidak akan melanjutkan tarikh akhir bagi memeterai perjanjian dengan Kesatuan Eropah (EU).
Menteri Hal Ehwal Kabinetnya, Michael Cove optimis perjanjian akan berjaya dimuktamadkan tahun ini di sebalik isu koronavirus yang mendominasi kerajaan ketika ini.
EU bagaimanapun bersikap lebih terbuka.
Ketua Perundingnya, Michel Barnier sebelum ini menyifatkan rundingan yang berlangsung minggu lalu sebagai mengecewakan.
Ini selepas Britian enggan berbincang mengenai isu-isu asas.
Britain secara rasmi meninggalkan blok 27 negara itu pada 31 Januari lalu.
Namun ia kekal dalam orbit ekonomi dan regulatori EU sehingga hujung tahun ini.
Kedua-duanya masih perlu mencapai perjanjian baharu merangkumi perdagangan, keselamatan dan isu-isu lain.
#Brexit #Britain #COVID-19 #ekonomi dan regulatori #EU #Kesatuan Eropah #Michael Cove #Michel Barnier
;