Brett Kavanaugh angkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Agung AS
Astro Awani
Oktober 7, 2018 08:04 MYT
Oktober 7, 2018 08:04 MYT
Brett Kavanaugh mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) ke-114 pada Sabtu, beberapa jam selepas pengundian di Dewan Senat memihak kepadanya.
Dalam pengundian yang dijalankan, 50 undi menyokong sementara 48 menentang pelantikan Kavanaugh yang juga merupakan calon pilihan Presiden Donald Trump.
Ia juga menjadi kontroversi kerana sebelum ini, peguam berusia 53 tahun yang pernah berkhidmat dengan bekas presiden George W. Bush itu berdepan beberapa dakwaan serangan seksual.
Namun, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) telah membebaskannya.
Terdahulu pada pagi Sabtu waktu tempatan, ratusan orang awam turut mengadakan bantahan di luar bangunan Capitol.
#Amerika Syarikat
#AS
#Brett Kavanaugh
#calon
#Donald Trump
#FBI
#hakim
#mahkamah
#Mahkamah Agung
#pencabulan
#protes
#serangan seksual
#siasatan