Brazil rekod lonjakan penebangan hutan hujan Amazon pada Ogos
Astro Awani
September 26, 2022 09:00 MYT
September 26, 2022 09:00 MYT
SAO PAULO: Penebangan di hutan hujan Amazon, Brazil meningkat lebih 80 peratus pada Ogos berbanding tahun sebelumnya dengan kes kebakaran meningkat pada kadar yang tinggi.
Data satelit kerajaan menunjukkan 7,135 kilometer persegi hutan telah ditebang di Amazon dari Januari hingga Ogos, peningkatan 19 peratus bagi tempoh sama tahun lepas.
Menurut agensi penyelidikan angkasa nasional Inpe, pada bulan Ogos sahaja, penebangan hutan berjumlah 1,661 kilometer persegi dilakukan, peningkatan 81 peratus bulan yang sama, pada 2021.
Dengan permulaan musim pembakaran bulan ini, terdapat 33,116 amaran kebakaran Inpe iaitu yang kedua terburuk dalam rekod dalam satu dekad.
Di Brazil, petani menebang hutan dan membakar pokok untuk membersihkan tanah dan kadangkala kebakaran ini tidak dapat dikawal.
Penyokong alam sekitar menyalahkan Presiden Jair Bolsonaro atas penurunan yang pantas itu.
Sepanjang tempohnya, Bolsonaro telah mengurangkan pengawasan alam sekitar dan menyeru lebih banyak pertanian dan perlombongan komersial di Amazon dengan alasan ia akan mengurangkan kemiskinan.
Menurut jurucakap Greenpeace Brazil, kemusnahan hutan yang pantas mendorong Amazon mendekati titik kritikal di mana ia akan gagal sebagai hutan hujan.
Jelasnya, perubahan alam sekitar yang pantas itu akan membawa malapetaka kepada iklim global dan biodiversiti.