Brazil lapor hampir 1.9 juta kes COVID-19
Bernama
Julai 14, 2020 10:57 MYT
Julai 14, 2020 10:57 MYT
Brazil pada Isnin melaporkan sebanyak 1,884,967 kes positif COVID-19 dan wabak itu kini sudah meragut hampir 72,883 nyawa, lapor agensi berita Xinhua.
Terkini, sebanyak 20,286 kes jangkitan baharu dicatatkan dengan 733 pesakit meninggal dunia, menurut Kementerian Kesihatan.
Sejak wabak itu mula melanda negara ini, seramai 1,154,837 pesakit sudah pulih.
Sao Paulo, negeri padat dengan penduduk, paling teruk terjejas menyaksikan 374,607 kes jangkitan dan 17,907 kematian, diikuti Rio de Janeiro (132,044 kes) dan (11,474 kematian) dan Ceara (137,206 kes) dan (6,947 kematian).
Brazil negara kedua paling teruk diancam di dunia selepas Amerika Syarikat.
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat
#Brazil
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#kesihatan
#meninggal dunia
#Rio de Janeiro