'Boxing day' bertukar kecoh, ratusan pembeli terjejas
Agensi
Disember 26, 2017 06:39 MYT
Disember 26, 2017 06:39 MYT
JUALAN sempena ‘Boxing Day’ bertukar menjadi kecoh apabila dua insiden berbeza yang menimbulkan keadaan huru-hara di UK dilaporkan netizen di media sosial.
Pertama, insiden rusuhan antara dua kumpulan remaja di pusat beli-belah Westfield Stratford.
Kekecohan itu menimbulkan rasa panik dan rempuhan dalam kalangan pembeli yang cuba melarikan diri dari situasi tersebut.
Netizen sempat memuat naik status, gambar serta video yang menunjukkan keadaan huru-hara dan anggota polis kelihatan cuba mengawal orang ramai di aras bawah pusat beli-belah itu.
Dalam satu kenyataan di laman Twitter, Westfield Stratford berkata wujud gangguan ‘kecil’ tetapi menegaskan bahawa pusat beli-belah itu tidak dipindahkan.
Bagaimanapun, polis berkata tiada bukti tembakan atau kesalahan jenayah di kedai itu.
Satu jam selepas kejadian tersebut, polis memberitahu MailOnline bahawa insiden itu hanya sebuah kemalangan.
Netizen turut memuat naik status yang menunjukkan cermin tingkap Swarovski di House of Fraser pecah.