Bot karam Phuket: 49 pelancong dan kru dikhuatiri lemas

Agensi
Julai 5, 2018 22:54 MYT
Pihak berkuasa Thailand mengesahkan 97 pelancong dan kru berada di dalam bot malang berkenaan ketika kejadian. -AP
Sekurang-kurangnya 49 penumpang dan kru sebuah bot pelancong di Phuket dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang dalam insiden bot karam di luar pantai pulau itu pada Khamis.
Usaha mencari dan menyelamat mangsa yang majoritinya ialah pelancong dari China masih diteruskan setakat ini, lapor media antarabangsa.
Pihak berkuasa Thailand mengesahkan 97 penumpang dan kru berada di dalam bot malang berkenaan ketika kejadian, di mana 48 daripadanya berjaya diselamatkan.
Punca kejadian dipercayai akibat angin kencang ketika bot tersebut melewati sebahagian pulau di kawasan berkenaan.
#angin kencang #bot karam #bot pelancong #Pelancong China #penumpang dan kru #Thailand