Bot karam di Perairan Cyprus, 19 maut, 25 hilang
Agensi
Julai 19, 2018 08:25 MYT
Julai 19, 2018 08:25 MYT
Sekurang-kurangnya 19 pelarian maut selepas bot yang dinaiki mereka karam di Laut Mediterranean di utara Cyprus pada Selasa.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Turki pada Rabu berkata, sebahagian besar mereka telah berjaya diselamatkan.
Pihak berkuasa negara itu melancarkan gerakan mencari dan menyelamat menggunakan helikopter dan bot.
Bot berkenaan dilaporkan membawa lebih 150 penumpang, dipercayai warga Syria, ketika ia terbalik dan karam kira-kira 48 kilometer dari semenanjung Karpas di Turki.
Sementara itu, antara 25 dan 30 mangsa lain masih hilang dan usaha pencarian masih giat dijalankan.