Bot karam: 35 migran dikhuatiri maut, 24 lagi hilang di Djibouti

Bernama
Ogos 19, 2023 15:27 MYT
Setakat ini, 26 orang mangsa telah diselamatkan dan 11 mayat ditemui manakala lebih 24 migran hilang. - Gambar hiasan
CAPE TOWN: Lebih 35 migran dikhuatiri terbunuh di Teluk Aden selepas sebuah kapal karam di Godoria, berhampiran bandar pantai Obock, timur laut Djibouti, menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kapal itu membawa kira-kira 60 migran ketika ia karam pada petang Khamis.
Setakat ini, 26 orang mangsa telah diselamatkan dan 11 mayat ditemui manakala lebih 24 migran hilang, kata IOM.
Operasi pencarian diteruskan pada Jumaat, tetapi angka kematian mungkin akan jauh lebih tinggi, mengambil kira risiko yang perlu diambil, menurut IOM.
Setiap tahun, lebih daripada 200,000 migran menempuh perjalanan berbahaya dari pantai Djibouti melintasi Teluk Aden menuju Yemen, menurut IOM.
--BERNAMA-dpa
#kapal karam #Teluk Aden #migran #maut
;