Bosnia ancam saman Covax jika tidak terima vaksin mengikut jadual
Astro Awani
Februari 25, 2021 04:49 MYT
Februari 25, 2021 04:49 MYT
SARAJEVO: Bosnia akan menyaman program Covax Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) jika negara itu tidak menerima vaksin berkenaan seperti yang dijadualkan.
Anggota Presidensi Multi-Etnik Bosnia, Milorad Dodik berkata negara Balkan itu telah melakukan semua persediaan bagi menyambut ketibaan 1.2 juta dos Covax.
"Bosnia-Herzegovina menuntut agar proses penghantaran Covax dimulakan secepat yang mungkin.
"Jika mereka tidak melakukannya dalam masa yang dijadualkan, kami akan saman program itu," katanya.
Dalam pada itu jurucakap Covax memaklumkan, program vaksin yang dicipta khusus untuk negara miskin itu belum melakukan proses penghantaran memandangkan negara itu belum mencapai tahap penyimpanan ultra sejuk Pfizer.
Bagaimanapun, Bosnia menafikan kenyataan itu dan menegaskan, negara itu ada masalah kemampuan teknikal untuk menerima vaksin itu.
Dalam pada itu, warga Serbia di Bosnia telah menerima 2,000 dos vaksin Rusia Sputnik V.
Serbia juga akan menderma 5,000 vaksin kepada entiti kedua Bosnia dan Persekutuan Bosnia-Herzegovina.
Tambahan 20,000 dos vaksin itu akan tiba minggu ini di Bosnia.
Setakat ini, Ghana menjadi negara pertama menerima vaksin Covax pada minggu ini.
#vaksin
#COVAX
#WHO
#Bosnia
#Global
#international
#Milorad Dodik
#Balkan
#Presidensi Multi-Etnik Bosnia