Bos Mustika Ratu raih sokongan terhadap Jokowi
Bernama
Julai 6, 2014 09:24 MYT
Julai 6, 2014 09:24 MYT
Pengarah Utama PT Mustika Ratu, Putri Kuswisnu Wardani punya cara tersendiri untuk menyokong calon presiden pilihannya Joko Widodo.
Putri rela meminjamkan rumah ibunya, Mooryati Soedibyo di Jalan Ki Mangunsarkoro, Menteng, di sini, untuk memenangkan Joko Widodo atau Jokowi.
"Dipakai sejak pemilihan (Jokowi sebagai) Gabenor (Jakarta) sehingga sekarang," katanya seperti dipetik Tempo.com pada Sabtu.
Bukan itu sahaja, beliau berkata keluarganya juga menyediakan beberapa premis di daerah-daerah dalam usaha menarik sokongan terhadap Gabenor Jakarta itu.
Premis-premis itu, kata Putri, juga menghasilkan cenderahati untuk diagihkan kepada sukarelawan pasukan kempen Jokowi.
Beliau berkata beberapa bekas model Indonesia turut sama dilibatkan dalam kempen itu.
"Hasilnya cukup baik kerana Jokowi turut disokong oleh kalangan perempuan," katanya.
Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai depan.