Boris Johson kemuka cadangan baharu Brexit
Agensi
Oktober 3, 2019 00:18 MYT
Oktober 3, 2019 00:18 MYT
Perdana Menteri Britain, Boris Johson mahu menubuhkan sebuah pakatan dalam Dewan Rakyat bagi menyokong idea baharu Brexit.
Cadangan tersebut disambut baik oleh pemimpin Eropah.
Kata Johnson, kerajaan telah menunjukkan pelan itu boleh dikompromi.
Cadangan itu pada masa sama akan mewujudkan zon pengawalan di semua pulau di Ireland dan meliputi semua barangan termasuk agro makanan.
Ia sekali gus melindungi Ireland Utara dalam zon pengawalseliaan Kesatuan Eropah (EU) bagi produk makanan, pertanian dan perindustrian yang menghapuskan segala bentuk pemeriksaan.
Sementara itu, Ketua Parti Pembangkang, Jeremy Corbyn berkata tiada parti yang boleh menolak cadangan Johnson.
Ia adalah cadangan versi baharu yang diperbaharui berbanding cadangan Brexit yang dikemukan sebelum ini.
Corbyn berkata cadangan baharu itu akan melindungi pekerja dibawah EU dan melindungi alam sekitar.
Bagaimanapun, Johnson mungkin memerlukan beberapa sokongan dari Parti Buruh untuk memastikan cadangan Brexit ini berkesan.