Boris Johnson tidak akan sertai perlumbaan jadi PM
Astro Awani
Oktober 23, 2022 07:15 MYT
Oktober 23, 2022 07:15 MYT
LONDON: Bekas Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson mengumumkan tidak akan bersaing dalam perebutan pencalonan sebagai Perdana Menteri menggantikan Liz Truss.
Antara lain, Johnson berkata, beliau mempunyai cukup sokongan untuk membolehkannya dicalonkan di kertas undi bagi menduduki 10 Downing Street.
Namun beliau memutuskan bahawa ia adalah satu keputusan yang tidak wajar untuk berbuat demikian pada masa ini.
Johnson berkata, beliau melepasi beberapa halangan dalam saingan menuju kepada pencalonan termasuk disokong lebih 102 pemimpin, walaupun hanya 57 Ahli Parlimen dikatakan menyokongnya.
Ujar Johnson, beliau percaya tempatnya selepas kejayaan dalam Pilihan Raya 2024.
Johnson, 58, secara rasmi letak jawatan pada awal September dan digantikan Truss.
Tindakannya itu menyebabkan perpecahan semakin melebar dalam Parti Konservartif selain membimbangkan banyak pihak berhubung isu ekonomi Britain.