Boris Johnson letak jawatan sebagai ahli parlimen

Astro Awani
Jun 9, 2023 07:50 MYT
Bekas Perdana Menteri itu akui sedih apabila mengambil keputusan letak jawatan, tetapi mendakwa siasatan itu adalah cubaan untuk menyingkirkannya. - Foto REUTERS
LONDON: Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson umum letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Tory berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan mengejut beliau itu akan membuka laluan kepada satu pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.
Johnson mengambil keputusan itu selepas menerima salinan laporan mengenai 'Partygate'.
Laporan yang diketua Jawatankuasa Khas Ahli Parlimen itu antara lain memperhalusi dakwaan mengenai parti haram yang diadakan di pejabat Johnson yang ketika itu Perdana Menteri, di Downing Street semasa perintah berkurung COVID-19.
Bekas Perdana Menteri itu akui sedih apabila mengambil keputusan letak jawatan, tetapi mendakwa siasatan itu adalah cubaan untuk menyingkirkannya.
Sebelum ini, Johnson berkata kepada Jawatankuasa Siasatan Parlimen bahawa beliau tidak pernah menipu dan tiada bukti beliau sengaja mengelirukan Ahli Parlimen mengenai parti haram yang diadakan di pejabatnya sebelum ini.
Jawatankuasa Siasatan Ahli Parlimen akan mengadakan pertemuan Isnin ini dan membentang hasil laporan tersebut secepat mungkin.
#Boris Johnson #letak jawatan #Jawatankuasa Khas Ahli Parlimen #partygate
;