'Boo!' Melania Trump diejek remaja semasa berucap di Baltimore

Agensi
November 27, 2019 08:35 MYT
Melania Trump bercakap pada Sidang Kemuncak Belia B'more di Baltimore, 26 Nov, 2019. (Barbara Haddock Taylor/The Baltimore Sun via AP)
WANITA pertama Amerika Syarikat (AS), Melania Trump menerima reaksi buruk daripada golongan belia semasa berucap di satu majlis di Baltimore pada Selasa.
Di Sidang Kemuncak Belia B’More yang bertempat di Universiti Maryland, isteri Presiden Donald Trump itu diundang untuk memberi ucapan mengenai ketagihan candu.
Ucapannya hanya berkisar mengenai meningkatkan kesedaran dalam mengelakkan penggunaan bahan terlarang termasuk candu.
Namun, ucapan beliau tidak dihiraukan penonton sehingga ada yang dilihat keluar dari dewan.
Malah, pelajar sekolah rendah dan menengah yang hadir pada sidang tersebut mengejek dengan sorakan "boo" selama 30 saat semasa Melania berucap.
“Terima kasih kerana mengundang saya untuk menyertai anda pada majlis yang memberikan tumpuan kepada kesedaran terhadap bahaya penggunaan candu.
“Hello, semua,” kata Melania yang cuba mendapatkan perhatian para hadirin pada sidang yang ditaja Yayasan Belia Mark Wahlberg dan Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah.
Menurut wartawan CNN, Kate Bennett, sorakan “boo” ini merupakan kali pertama Melania diejek pada majlis di mana beliau memberikan ucapan.
“Selama tiga tahun saya membuat liputan mengenai @FLOTUS (First Lady Of The United States), ini merupakan kali pertama beliau diejek di majlis awam.
“Apabila beliau mengakhiri ucapannya dan mengucapkan terima kasih kepada para hadirin, @FLOTUS sekali lagi mendapat sorakan “boo”,” kata Bennett menerusi laman Twitternya,

In my three years covering @FLOTUS at events, that was the worst booing she has received at a public event where she has given solo remarks.

— Kate Bennett (@KateBennett_DC) November 26, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

As she wrapped her speech and thanked the audience, @FLOTUS was again booed to a substantial degree.

— Kate Bennett (@KateBennett_DC) November 26, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Check that: in my years covering her, this was the first booing of @FLOTUS by a crowd at one of her solo events. https://t.co/Ac9Qgn7TSL

— Kate Bennett (@KateBennett_DC) November 26, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Reaksi kumpulan remaja berkenaan dapat difahami kerana Donald Trump tidak mempunyai reputasi yang baik di Baltimore.
Pada September lalu, Trump berdepan dengan protes apabila ke bandar tersebut untuk bertemu dengan ahli parti Republikan.
Penunjuk perasaan turut membawa belon besar berbentuk figura Trump yang menyerupai seekor tikus.
BACA: Belon gergasi 'Trump Baby' dapat kebenaran untuk diapungkan
Sebelum ini, Presiden AS itu menyifatkan Baltimore sebagai tempat seperti sampah dan tiada manusia sanggup tinggal di bandar tersebut.
#Amerika Syarikat #bahan terlarang #Baltimore #boo #candu #Donald Trump #ejek #Melania Trump #pelajar #remaja #sampah #sekolah #sorakan #Universiti Maryland
;