Bongkah ais Antartika pecah lagi, menuju ke South Georgia

Agensi
Januari 31, 2021 08:12 MYT
Bongkah ais itu dibawa arus ke South Georgia, sebuah pulau di selatan Lautan Atlantik. - REUTERS
NEW YORK: Bongkah ais Atlantik dikenali sebagai A68, yang pecah dan terpisah dari Antartika pada 2017, sekali lagi pecah antara hari Selasa dan Khamis lalu.
Pecahan itu membentuk sebuah bongkah ais baharu yang lebih kecil, yang disebut sebagai A68g, dengan ukuran panjang 33 batu dan lebar 11.5 batu.
Pembentukan A68g pertama kali diperhatikan oleh British Antarctic Survey (BAS) dan disahkan oleh Pusat Bongkah Ais Nasional Amerika Syarikat (USNIC) pada Khamis, menggunakan gambar daripada satelit radar Eropah Sentinel-1A.
Bongkah ais asal, A68, terbentuk pada bulan Julai 2017, ketika retakan besar di ice shelf Larsen C di Antartika, yang menyebabkan bongkah ais seberat kira-kira satu trilion tan, terpisah dari benua itu.
Ketika itu, A68 berukuran 5,800 kilometer persegi (2.240 batu persegi), menjadikannya sama ukuran dengan negeri Delaware di AS.
Sejak itu, bongkah berkenaan beberapa kali pecah membentuk beberapa bahagian lebih kecil, yang dibawa arus menghala ke South Georgia, sebuah pulau di selatan Lautan Atlantik.
Para saintis kini sedang meneliti pergerakan bongkah-bongkah tersebut dan mengkaji kemungkinan jika ia akan bertembung dengan pulau yang tidak berpenghuni itu, dan memberi kesan kepada hidupan liar.
Ukurannya yang besar dan tebal, mungkin akan mengakibatkan ia tersangkut di perairan di sekitar pulau, sekaligus menghalang anjing laut dan burung penguin untuk mencari makanan dalam air.
Jika tidak, ia berkemungkinan akan masuk ke lautan dan musnah kerana arus yang deras dan kuat.
#Antartika #bongkah ais #Atlantik #South Georgia #A68
;